Archives

now browsing by author

 

Hari Peladang,Peternak & Nelayan Negeri Kelantan 2017 & Ekspo Hijau Kelantan 2017

upen

Kerajaan Negeri Kelantan dibawah Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan akan menganjurkan Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Ekspo Teknologi Hijau Negeri Kelantan 2017 bermula pada 30 Oktober 2017 hingga 5 November 2017 bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kelantan Kearah Pertanian Organik

slide3-kelantan-Ke-Arah-Pertanian-Organik-copy

Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd

KBC

Agrikultur,Kesihatan,Industri

(MOU – Politeknik KB dan Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd)

11 Ogos 2016, Khamis – Majlis Menandatangani Nota Persefahaman antara Kelantan Biotech Corporation dan Politeknik Kota Bharu di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu sempena Karnival Kerjaya Politeknik Malaysia. Nota persefahaman tersebut mencakupi kerjasama dan penglibatan diri dalam aktiviti-aktiviti perkongsian ilmiah dan konsultasi dalam bidang yang dipersetujui bersama dan perkongsi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran industri dalam bidang berkaitan bioteknologi, sumber asli, pengurusan alam sekitar dan bidang akademik yang berkaitan.

Pelancaran Set Nutrihajj Nutrifera

FB_IMG_1470926440296

Khamis 11 Ogos 2016, Kelantan melangkah ke hadapan dengan Pelancaran Produk Nutrihajj untuk penjagaan diri dan kesihatan bagi bakal Haji dan Umrah oleh Xcell Bioresources Sdn Bhd, Anak Syarikat Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd . FB_IMG_1470926450902

Hari Bertemu Pelanggan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd 2015

Banner-Website

hari-bertemu-pelanggan

Anda semua dijemput untuk bersama-sama kami bagi memeriahkan hari bersama pelanggan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd 2015 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Mac 2015 (Khamis)

Masa : 08:00 Pagi Hingga 07:00 Petang.

Tempat : Perkarangan Pejabat Urusan Kelantan Biotech Corporation

Larutan Bio-Hijau

LARUTAN BIO HIJAU BANJIR KBC

Larutan Bio Hijau ialah larutan mikroorganisma yang berfaedah yang terdiri dari bakteria laktik asid, bakteria fotosintetik, yis & actinomyces. Ia merupakan campuran microbial aktif untuk pelbagai kegunaan dalam sektor pengurusan alam sekitar, perternakan dan pertanian.

Antara Kelebihan Larutan Bio Hijau terhadap pemulihan pasca banjir ialah:
* Menghilangkan dan mengawal bau busuk
* Mempercepatkan proses penguraian sisa buangan dan bahan enap cemar
* Boleh membantut pertumbuhan bakteria patogen yang menyebabkan penyakit bawaan air.

Hubungi kami sekarang di talian 09 – 976 5280.

 

LARUTAN BIO HIJAU BANJIR KBC

Bengkel Formulasi Produk Kosmetik

Bengkel Formulasi Produk Kosmetik

Anda semua dijemput hadir untuk mengikuti Bengkel Formulasi Produk Kosmetik yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh     :  24 Disember 2014 (Rabu) Bersamaan  2 Rabiulawal 1426H

Tempat   : Pusat Inkubator Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Machang, Kelantan.

Yuran      : RM280/Seorang

 

Pelbagai maklumat dan perkongsian menarik, antaranya :

1. Proses dan kepentingan pendaftaran produk Ternotifikasi (NOT) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Teknik asas pembuatan Sabun (Teori dan Praktikal)

3. Teknik asas pemprosesan syampu (Teori dan Praktikal)

4. Teknik asas pemprosesan losyen (Teori dan Praktikal)

Maklumat lanjut, rujuk di sini .

 

Servis Pengilangan Kontrak

Kem Saintis Muda 2014

saintis muda

saintis muda

Kem Saintis Muda 2014 kini kembali lagi sempena cuti Sekolah ini. 

Jum isi masa terluang anak-anak anda dengan menyertai Kem Saintis Muda ini. 
Pelbagai aktiviti bioteknologi, sains, teknologi, peningkatan jati diri muslim dan aktiviti lasak dan membina minda yang cerdik dan cergas.

Tarikh: 12 hingga 14 Disember 2014, Jumaat hingga Sabtu
Tempat: Putera Valley Resort and Training Centre, Tanah Merah 

Terbuka kepada adik-adik yang berumur 12 hingga 16 tahun.

Yuran Pendaftaran HANYA RM290 SEORANG.
DIskaun HEBAT kepada ibu bapa/ adik-adik untuk pendaftaran 2 orng ke atas.

Untuk Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh hubungi Kami di:
Pejabat: 09-9765280
En. Afzanizan: 0135596573
atau
SMS: YMSC<jarak>nama penuh<no. IC> ke 013-5596573

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!

Terbuka kepada anak-anak dan adik-adik yang berminat untuk mengetahui dan bercita-cita untuk menjadi seorang saintis muda hebat pada masa depan. 

Apa yang adik-adik akan dapat daripada Kem ini:
1. membina jati diri sebagai seorang muslim
2. pelbagai aktiviti sains dan bioteknologi secara praktikal oleh pakar dan saintis khususnya dari Kelantan Biotech Corporation.
3. aktiviti menarik untuk membina minda yang cerdik dan cergas
4. Sijil penyertaan dan hadiah juga baju 'special' ''I AM YOUNG SCIENTIST'
Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com