Bertani Satu Ibadah (BSI)

Bertani Satu Ibadah – Jajahan Pasir Puteh

Telah Berlangsung Karnival Bertani Satu Ibadah peringkat Jajahan Pasir Puteh selama 2hari (27-28 Ogos 2018 8.30pagi – 10.00 Malam) yang dirasmikan oleh YB Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar dan turut hadir ADUN Limbongan, YB Ustaz Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah, Ketua Jajahan Pasir Puteh, YBrs Tuan Hj. Anis bin Hussein serta Wakil-wakil Agensi Negeri dan Persekutuan.

Karnival ini telah berlangsung selama dua hari dengan pelbagai acara-acara menarik telah berlangsung serta pameran dari agensi negeri dan persekutuan. Selain itu, terdapat gerai-gerai jualan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

YB Ustaz Tuan Saripudin juga menyampaikan sijil anugerah kepada peladang, penternak dan nelayan jaya peringkat Jajahan Pasir Puteh serta menyampaikan anak benih pokok Durian Kunyit dan Kelapa Mataq kepada penerima sempena Majlis Penutup Karnival Bertani Satu Ibadah tadi.

VIDEO BSI (1)

VIDEO BSI (2)