BIO-K 2013

BIO-K 2013 1

PENDAHULUAN

Bidang bioteknologi merupakan bidang yang diberi tumpuan oleh Kerajaan negeri Kelantan. Antara matlamat yang hendak dicapai didalam merealisasikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara 2015 adalah pembinaan pusat bioteknologi di Kelantan. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi aspirasi tersebut sekaligus mempromosikan bidang ini kepada seluruh rakyat Kelantan khasnya.

Karnival Antarabangsa Bio-Kelantan 2013 : Persidangan & Pameran ( BIO-K 2013) juga merupakan antara kaedah untuk mempromosi dan menyebar luaskan maklumat, potensi, peluang, teknologi, dan produk sektor bioteknologi kepada masyarakat di Negeri Kelantan sekaligus menarik pelabur dan mengembangkan industri bioteknologi peringkat negeri. Karnival yang bertemakan “Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Islam Melalui Bioteknologi” ini akan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para usahawan diseluruh negeri Kelantan. Fokus Karnival BIO-K 2013 ialah Bioteknologi Agrikultur, Bioteknologi Kesihatan dan Bioteknologi Industri.

—————————————-

OBJEKTIF

  • Menarik minat para pelabur dan usahawan menceburi bidang bioteknologi sekaligus membuka ruang kerjasama antara pelabur dengan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.
  • Mewujudkan ruang perkongsian ilmu pengetahuan, penemuan terbaru dan pengalaman pemain industri, penyelidik dan usahawan dalam bidang bioteknologi.
  • Menjadikan program ini sebagai platform menggalakkan dan mempromosikan perkembangan inovasi bioteknologi secara menyeluruh di Kelantan.

—————————————-

SIAPA YANG PERLU MENYERTAI BIO-K 2013?

  • Agensi/Jabatan Kerajaan
  • Syarikat korporat
  • Syarikat Swasta
  • Institusi Pendidikan Tinggi/Kolej dan Sekolah
  • Institusi Penyelidikan
  • Pemain Industri
  • Pelabur
  • Usahawan/ Bakal Usahawan

—————————————-

BAGAIMANA BIO-K 2013 AKAN MEMBANTU ANDA?

  • Menyediakan platform perkongsian informasi, pengalaman dan nasihat dari dalam dan luar negara kepada usahawan khasnya para usahawan bidang bioteknologi.
  • Mempamerkan kajian dan penyelidikan terbaru dalam bidang bioteknologi.
  • Menyediakan platform kerjasama perniagaan dan peluang perusahaan dengan pemain industri bioteknologi dalam dan luar Negara.
  • Memberi gambaran yang jelas tentang peluang perniagaan dalam bidang bioteknologi.

—————————————-

PROGRAM & AKTIVITI

  • Majlis Perasmian
  • Pameran Penyelidikan, Inovasi dan Gerai Jualan
  • Diskusi Perniagaan & Pelaburan
  • Seminar Bioteknologi Pertanian
  • Seminar Bioteknologi Alam Sekitar
  • Seminar Bioteknologi Kesihatan
  • Seminar Saintis Muda
  • Forum Bicara Saintis Muda
  • Bio-Explorace
  • Demonstrasi Bioteknologi
  • Kuiz dan Pertandingan

 

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com