Bengkel Pertanian Organik 2013

Alhamdulillah.

header KBC

Bengkel Pertanian Organik 2013 merupakan sebuah program anjuran Kerajaan Negeri  Kelantan dengan Kelolaan Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd dan Kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Kelantan.

Siri Bengkel telah dianjurkan dengan jayanya bermula Jun 2013 hingga Disember 2013. Kelima-lima bengkel mendapatkan khidmat perkongsian ilmu dari pakar natural farming kelantan iaitu Hajjah Puan Zainab Abdul Majid, Penolong Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Bengkel ini juga telah dijalankan di Pusat Komoditi Jabatan Pertanian Melor.

Bengkel satu hari ini memfokuskan tentang Konsep Pertanian Organik “Natural Farming”. Para Peserta berpeluang memahami secara mendalam apakah yang dimaksudkan dengan pertanian organik. Tambah menarik, para peserta berpeluang menjalani latihan amali penghasilan baja organik kompos dan cecair serta kawalan rumpai dan serangga organik.

Purata penglibatan peserta adalah seramai 30 orang bagi setiap siri. Oleh kerana sambutan dan sokongan yang menggalakkan dari orang ramai, pihak KBCSB telah bersetuju untuk menganjurkan lagi bengkel sedemikian dengan capahan bidang yang lagi luas. InsyaAllah, kami akan umumkan berita baik ini secepat mungkin untuk kebaikan semua pihak.