Green Valley Eco Park

green eco park - Copy

 

Projek ini merupakan projek berimpak tinggi dengan kerjasama syarikat Team BioVision Sdn Bhd. Ia bertujuan membangunkan pusat penyelidikan Bioteknologi bagi menarik pelabur luar dan tempatan. Secara dasar kerajaan telah besetuju dengan cadangan ini dan menunggu kertas perlaksanaan untuk disiapkan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan. Bagi projek ini tanah seluar 164 ekar telah dikenal pasti di Tanah Tinggi Lojing. Projek ini dijangka akan dilaksanakan pada awal 2013.

Lembah Agro-Bioteknologi (Green Valley Biopark) beraspirasi untuk menjadi satu pusat kecemerlangan pembinaan agro-bioteknologi dan penemuan produk bernilai tinggi berasaskan kepada sumber biodiversiti alam semulajadi ekosistem sederhana tropikal di lokasi strategik di Negeri Kelantan.

 

OBJEKTIF:

  • Menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor ekonomi yang berasaskan pengetahuan & teknologi yang mengutamakan kelestarian dan kepelbagaian alam serta berteraskan aktiviti pertanian yang efisyen dan lestari.
  • Membolehkan  negeri Kelantan, melalui Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, membina keupayaan dan menjana pendapatan yang lebih tinggi dengan menggunakan bioteknologi di dalam sektor pertanian dan pengeluaran bahan bernilai tinggi dari sumber alam melalui perkongsian bijak (smart partnership) dengan pemimpin teknologi dari seluruh dunia;
  • Menarik pelabur dan syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa yang memiliki teknologi tinggi untuk melabur di Negeri Kelantan melalui penempatan di Lembah Agro-Biotek yang disediakan;
  • Menjana pendapatan jangka panjang yang berterusan khususnya kepada Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd dan kepada seluruh rakyat amnya.