Kilang Penghasilan Produk Kosmetik (GMP) dan Halal
Kilang berstatus GMP dan Halal milik Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. boleh membantu usahawan yang berminat untuk mengeluarkan produk di bawah jenama sendiri. Perkhidmatan secara kontrak pengilangan (contract manufacturing) atau ‘OEM’ ini boleh diumpamakan seperti proses “outsourcing” iaitu kerjasama pintar, ‘win-win situation’ antara Usahawan dan Pengilang dalam menghasilkan produk berdasarkan formulasi, kajian dan bahan mentah yang telah diperakui lebih awal.
KELENGKAPAN KILANG
Kegunaannya ialah untuk mencetak no batch, tarikh luput dan tarikh mengilang
Mesin Pengisi Cecair
Kegunaannya ialah untuk mengisi produk cecair atau krim ke dalam botol/tiub
Penyelidikan dan Pembangunan Produk
- Penyelidikan dan pembangunan formulasi produk
- Ujian mikrob dalam produk
- Ujian nilai pH dan kelikatan produk
- Ujian kestabilan formulasi produk
- Pendaftaran produk dengan Biro Pengawalan
- Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
- Pendaftaran sijil halal
Pengilangan Kontrak
Antara produk yang ditawarkan untuk kontrak pengilangan ialah:
- Produk penjagaan Wajah
Sabun muka, skrub muka, toner, pelembab bibir, masker
- Produk Penjagaan Diri
Losyen tangan dan badan, losyen pelansingan, skrub badan, sabun badan, mandian (gel/krim/minyak), Minyak Aromaterapi
- Produk Penjagaan Rambut
Minyak Rambut, Krim Rambut, Syampu Rambut.
FAQ
Sekiranya anda berminat untuk menghasilkan produk kosmetik berjenama sendiri, sila isi borang dibawah dan hantar. Pihak kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat. Sekiranya terdapat masalah, bolehlah email ke: Oembiotajmeel@gmail.com Terima Kasih.
[vfb id=1]
Assalamualaikum,admin boleh bagi number fon utk sye bertnye dgn lebih lanjut..sbb sye ingt nk buat bisnes dalam masa terdekat
Wsalam….
Terima kasih kerana berminat dengan kilang kosmetik bertaraf GMP kami. Puan boleh menghubungi pejabat di talian 09-8765280 dan bercakap dengan pegawai pemasaran kami. Puan juga boleh email kepada shira@kelantanbiotech.com.my
#kpngd
Tuan/Puan
saya berniat nak membuat produk jenama sendiri tetapi saya tidak tahu bagaimana cara nak memulakan dari A hingga Z. Pendek kata dari mula sampai boleh dipasarkan. produk yg sy inginkan ialah sabun organik untuk muka bg menghilangkan jerawat dan jeragat. saya nk mula secara kecil-kecilan shj memandangkan sy tdk mempunyai modal yg byk. sy nk bertapak dri bwh. brp modal yg paling minimum utk memulakan bisnes ni. trmasuk kos smua dari a-z. packaging dan labeling. tuan/puan boleh emailkan kpd sy.
tuan/puan boleh emailkan kpd sy.
Terima kasih kerana berminat dengan kilang kosmetik bertaraf GMP kami. Pihak kami mampu untuk menghasilkan pelbagai jenis produk kosmetik dengan modal dan minimum order kuantiti yang rendah. Pihak kami menyediakan perkhidmatan RND Produk, Pendaftaran Sijil KKM dan Halal serta pengilangan kontrak yang bermutu tinggi. Untuk packaging dan label, pihak kami mencadangkan supaya puan berhubung terus dengan kilang seperti berikut :
1. http://www.u-lik.com.my
2. http://www.kpi-plastic.com/
3. http://www.inspirasitimur.com.my/kpngd / http://www.facebook.com/KPNGD
Puan juga boleh menghubungi pegawai pemasaran kami di talian 09-9765280 untuk mendapatkan penjelasan secara lebih terperinci.
Ok terima kasih tuan/puan diatas makluman tersebut. kiranya pihak tuan/puan tidak menyediakan perkhidmatan packaging dan labeling la. berapakah anggaran kos utk bt produk jenama sendiri termasuk bahan mentah yg diproses dikilang tuan/puan? tidak termasuk packaging dan labeling? maaf byk bertanya.
Untuk makluman, kos berbeza mengikut produk yang diingini, bahan mentah yang dipilih semasa proses discussion RnD serta bahan aktif yang digunakan. Untuk mendapatkan anggaran secara kasar setiap produk, sila hubungi pegawai pemasaran kami di talian 09-976 5380. terima kasih.
Assalamualaikum..
Saya nk tny satu lg, sekiranya sy prnh guna krim muka jenama lain, dan sy nk buat krim yg sama mcm krim tersebut, boleh tak? Saya bagi sample utk pihak tuan selidik kandungan krim dan buat semula untuk jenama saya. Brp kos modal? Harap reply segera..trima kasih.
Wsalam…
terima kasih kerana menghubungi pihak kami. Kilang kami merupakan kilang bertaraf GMP dan kami juga menyediakan R&D bagi produk-produk baru supaya ianya selamat dan berkesan. Sekiranya pihak puan ada sample produk, sila hantar kepada kami untuk proses penyelidikan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai pemasaran kami di talian 09-976 5280.
1. http://www.u-lik.com.my
2. http://www.kpi-plastic.com/
3. http://www.inspirasitimur.com.my/kpngd / http://www.facebook.com/KPNGD
assalamualaikum. sy seorang pelajar universiti dalam diploma pengurusan halal. pihak encik/tuan menerima pelajar untuk latihan industri atau tidak ye?
Wsalam… sila hantar permohonan latihan industri kepada norsuhadila@kelantanbiotech.com.my dan cc kepada inquiry@kelantanbiotech.com.my.
Assalamualaikum..
Sy sekarang sdg menjual produk sabun dr Thailand. Persoalannya adalah :
1. Bolehkah sy mohon sijil halal n mohon semua prosedur utk kelulusan jualan di Malaysia melalui pihak encik sdgkan sy tidak mngilangkan produk tersebut di kilang encik.
2. Saya ingin membungkus semula sabun yg tlh siap dan menjual dgn peket baru dlm bahasa Melayu pd peket sabun dengan jenama sendiri berserta sijil halal dan kkm.
3. Berapa anggaran kos
4. Brp lama mengambil masa utk selesai
Wsalam…..
terima kasih kerana menghubungi kami.
1. Pihak kami tidak akan menerima mana-mana produk untuk di daftarkan kerana ianya rumit kerana memerlukan dokumen dari pengilang asal.
2. Sabun yang repackanging juga tidak dapat didaftarkan kerana ianya sama dengan permasalan pada pertanyaan pertama.
3. pihak kami tidak boleh mendaftar produk tersebut dan tiada kos terlibat.
4. pihak kami tidak boleh mendaftar produk tersebut dan tiada masa terlibat.
Bolehkah saya menghasilkan pembungkusan produk ubat-ubatan tradisional di Syarikat ini? Saya dalam proses mendapatkan lesen sah untuk ubat tradisional. Saya juga mempunyai ladang sendiri untuk pengeluaran bahan mentah. Untuk pengetahuan tuan, saya sebelum ini telah menghasilkan dan menjual sendiri produk ini di kawasan sekitar tapi secara kecil-kecilan.
Pembungkusan produk dan juga pendaftaran produk tidak boleh dilakukan oleh pihak kami melaiankan produk tersebut dikilangkan di Kilang yang telah mempunyai kelulusan GMP. PIhak kami akan berurusan dengan kilang tersebut untuk mendapatkan maklumat produk untuk proses pendaftaran dapat dijalankan oleh pihak kami. Harap maklum.
Assalamualaikum tuan,
Saya bercadang utk mengeluarkan sabun muka untuk masalah jeragat. Memandangkan saya kurang pengetahuan dalam bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan sabun jeragat ini, ada kah pihak kelantan biotech mempunyai formulasi utk menghasilkan sabun tersebut?
Wsalam puan.. Terima kasih kerana berminat untuk menghasilkan produk kosmetik dengan kilang kami. Pihak puan tidak perlu risau kerana produk yang dikilangka akan melalui proses R&D dan Pihak kami akan berbincang degan puan dan menjelaskan secara terperinci bahan-bahan terkini dan yang biasa digunakan dengan kesan yang dikehendaki.
As salam..
Nak tny boleh tak buat produk dr alam smula jadi means perfume dr bunga atau scrub badan dr bahan2 semulajadi contohnya kopi,beras, etc.
Wsalam… Terima kasih kerana berminat untuk menghasilkan produk kosmetik dengan kilang kami. PIhak kami sememangnya menggunakan bahan semulajadi dalam produk yang dikeluarkan dan ianya tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya. PIhak kami boleh menghasilkan scrub badan dengan menggunakan kopi, beras dan sebagainya. namun pihak kami tidak mengeluarkan perfume. Untuk maklumat lanjut, sila isi maklumat dalam borang permohonan dan pihak kami akan menghubungi puan dalam masa terdekat. terima kasih.
Salam saya nak tanya kalau collagen berbentu serbuk ada tak?
Wsalam… terima kasih kerana menghubungi kami. Untuk makluman, Pihak kami tidak mengeluarkan produk seperti yang dipohon kerana Kilang Kami adalah bertaraf Cosmetic GMP. Untuk pengeluaran produk Collagen, minuman kecantikan ataupun tablet dan seumpamanya, pihak tuan perlu merujuk kepada kilang Yang berstatus FOOD GMP. Harap Maklum.
Salam
sy brmnt untuk mghsilkan produk plangsingan jnama sndri cth sprti gel dolah cntik..brpe rm kos yg dprlukn?
Wsalam.. terima kasih kerana berminat untuk menghasilkan produk kecantikan dengan kilang kami. Sila isi borang maklumat pelanggan untuk rekod dan tindakan pihak pemasaran kami. Harap maklum.
Salam. Saya berminat nak buat bisnes ubat gigi. Bahan2 pihak kelantanbiotech sendiri yang cadangkan. Boleh saya tahu anggaran kos?
Wasalam. Kami mohon maaf kerana pihak kami tidak menyediakan pengeluaran ubat gigi seperti yang diophon. Sekiranya saudari berminat untuk mengeluarkan produk Kosmetik, sila hubungi kami di talian 09-9765280. Terima kasih.
Nak tanya tentang perkara perkara dibawah .
Penyelidikan dan Pembangunan Produk
Penyelidikan dan pembangunan formulasi produk
Ujian mikrob dalam produk
Ujian nilai pH dan kelikatan produk
Ujian kestabilan formulasi produk
Pendaftaran produk dengan Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
Pendaftaran sijil halal
Adakah semua khidmat yang tertera diatas telah termasuk dalam kos permulaan produk ? Dan boleh saya tahu berape kos permulaan untuk day cream , night cream , cleanser , toner , serum , whitening booster cream , dan foundation ? Kos untuk 1000pcs.
Terima kasih kerana berminat dengan kilang kami. Semua perkara yang dinyatakaqn oleh saudari itu merupakan skop perkhidmatan yang kami tawarkan. Untuk makluman, perkara tersebut akan di caj untuk perkhidmatan yang kami tawarkan. Perlu diketahui bahawa pihak kami amat menjaga kualiti dan keselamatan produk dimana hanya bahan bahan yang diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)sahaja yang akan digunakan.
Assalamualaikum encik, berapakah modal permulaan bagi memulakan set produk kecantikan untuk set skincare 3 in 1? adakah kilang ini akan menguruskan segala prosedur untuk mendapatkan KKM? buat masa ini saya hanya berniat untuk keluarkan 500 unit produk sahaja. Adakah pihak encik akan mengeluarkan 500 unit produk jika saya berminat. Mohon maklumbalas pihak encik secepat mungkin.
Wsalam…. Untuk permulaan bagi mengeluarkan 1 set kecantikan adalah agak tinggi kos berbanding mengeluarkan single produk. Secara kasar, modal yang diperlukan adalah 20k dan keatas bergantung kepada bahan-bahan yang akan digunakan. Pihak kami akan membuat pendaftaran KKM dan juga R&D produk bagi memastikan produk tersebut berkesan dan selamat. Untuk makluman, Pelanggan perlu menandatangani kontrak untuk pengilangan dengan minimum order 1000pcs, akan tetapi pelanggan boleh keluarkan produk mengikut batch keluaran (eg: 500pcs setiap keluaran).
Assalamualaikum, adakah kilang ni mampu keluarkan produk minyak rambut pomade ?? Berapa anggaran modal untuk 1000 unit +packaging .. .?
Wsalam…. Terima kasih kerana berminat untuk mengeluarkan produk dengan kilang kami. Pihak kami mampu untuk menghasilkan Pomade dan telah mengeluarkan pelbagai jenama pomade untuk pelanggan kami. Modal secara kasar adalah antara 5k hingga 10k bergantung kepada bahan mentah yang akan digunakan. Modal permulaan adalah tinggi kerana produk tersebut perlu menjalani R&D dan juga Pendaftaran KKM.. Untuk makluman, pihak kami hanya pengeluar produk mentah sahaja. Packaging dan botol serta marketing adalah kos lain yang perlu ditangggung oleh pelanggan.
Untuk Grafik Design Stikcer dan kotak : http://www.facebook.com/KPNGD
Untuk Botol/bekas : http://www.u-lik.com.my/
Assalamualaikum tuan,saya ada buat bedak sejuk berasaskan herba semulajadi,jika saya nak dapatkan kelulusan kkm macamna ye,kalau kilang keluarkan bedak sejuk berapa modal n minimum kuantiti perlu diorder.tq
Wsalam… Terima kasih kerana memilih kilang kami. Untuk mendapatkan kelulusan KKM, produk tersebut perlulah dihasilkan di Kilang yang bertaraf GMP dan tidak mempunyai bahan-bahan kimia terlarang. Pihak kami perlu mendapatkan sample produk terlebih dahulu untuk proses R&D dan Produk tersebut akan dikilangkan di kilang kami dengan minimum kuantiti adalah sebanyak 1000unit.
Assalamualaikum tuan,saya nak taya,berapa anggaran modal sekali dengan kos di kilang jika saya nak buat sabun berasaskan kayu manis.terima kasih
Wsalam…. Kos penghasilan sabun herba/ sabun muka adalah 5k dan keatas bergantung kepada bahan mentah yang akan digunakan. Packaging tidak termasuk didalam kos tersebut dimana pelanggan perlu menghantar packaging kepada kami untuk proses pembungkusan.
untuk servis packaging dan label/sticker : http://www.facebook.com/KPNGD
As salam
saya berminat untuk membuat pelembab bibir jenama sendiri. Berapa yer kos nya ????
Wsalam…. terima kasih kerana berminat untukmenghasilkan produk dengan kilang kami. Untuk modal permulaan sesebuah produk adalah sedikit tinggi berbeza dengan mereka yang repeat order kerana terdapat beberapa bayaran pendaftaran yang perlu dibuat. Anggaran modal untuk menghasilkan pelembap bibir adalah 7k dan ke atas bergantung kepada bahan mentah yang akan digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 09-976 5280 dan bercakap dengan pegawai pemasaran kami. terima kasih.
saya nak buat pencuci muka berasaskan resepi sendiri . madu dan lemon . anggaran berapa modal yang saya perlu ?
Terima kasih kerana berminat untuk menghasilkan produk dengan kilang kami. Pihak kami tidak mempuyai masalah bagi membuat produk menggunakan formulasi dari pelanggan. Namun begitu, pihak kami akan membuat R&D dan juga kajian menyeluruh bagi memastikan formulasi tersebut selamat dan berkualiti. Untuk makluman, sekiranya bahan mentah yang digunakan berdasarkan formulasi pelanggan susah untuk didapati, maka ianya akan merumitkan pengeluaran produk dan akan menyebabkan produk tersebut lambat untuk dikeluarkan. Harap Maklum.
Tajuk: Berkenaan formula produk, proses pengilangan, dan gmp certificated
Assalam
Saya ingin bertanya berkenaan seperti di tajuk di atas,
Saya mempunyai produk sendiri tetapi belom mendapat kelulusan kkm. Oleh kerana produk saya di kilangkan di kilang gmp thailand, pihak biro kkm advice kat saya untuk mendapatkan kesemua dokumen berkenaan formula produk, proses pengilangn, dan gmp certificate dari kilang tersebut atau mana-mana kilang yg berstatus gmp untuk mendaftarkan kkm.
Masalah saya sekarang ini adalah saya ingin mendapatkan kesemua pengesahan daripada kilang tempatan.
Soalan saya disini, adakan kilang Kelantanbiotech ada membekalkan atau membuat perkhidmatan menjual dokumen2 tersebut.
Berdasarkan biro kkm, pihak kilang tidak akan menanggung risiko terhadap sebarang kekilafan atau masalah.
Harap dapat maklumbalas daripada pihak Kelantanbiotech
Terima kasih
Best regards,
Anis
Wsalam.
Terima kasih kerana peka terhadap Perlesenan serta kelulusan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Untuk makluman, pihak kilang kami amat menitik beratkan terhadap produk-produk keluaran kilang kami bagi memastikan ianya selari dengan kehendak Biro. Sekiranya produk tersebut dikilangkan di tempat lain dan saudari ingin menukar tempat pengilangan, pihak kami sememangnya memerlukan dokumen-dokumen berkaitan seperti formulasi serta pengesahan dari kilang tersebut. Pihak kami tidak mempunya masalah untuk mendaftarkan produk tersebut dengan syarat dokumen-dokumen yang diperlukan boleh disediakan oleh pihak pengilang asal produk.
Sekiranya tiada dokumen lengkap, maka pihak kami tidak sama sekali akan menerima produk tersebut dan tidak akan mendaftarkan atau mengeluarkan produk tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Eksekutif Pengawalan Mutu kami di talian 09-9765280.
Sekian, Terima kasih.
Assalam,
Saya merupakan pengeluar Minyak Rambut Pomade yang mana pengahasilannya dijalankan hanya dirumah dengan kapasiti yang tidak banyak.
Soalan :
1) Sekiranya produk telah sedia ada adakah pihak tuan memerlukan formula untuk menghasilkan tekstur yang sama dalam penghasilan produk tersebut?
ataupun
pihak saya hanya menghantar sample produk yang telah siap untuk dihasilkan oleh kilang pihak tuan?
2) Sekiranya MOQ 1000ps berapakah modal yang diperlukan bagi menghasilkan produk tersebut.
3) Adakah pihak tuan akan melesenkan jenama produk yang dikeluarkan daripada label hingga resepi produk itu sendiri.
Sekian mohon perhatian pihak tuan selanjutnya.
Wsalam…
Untuk makluman, kilang kami adalah bertaraf GMP dan kami sentiasa mengamalkan amalan pengilangan baik dimana kami menjaga mutu dan kualiti produk yang keluar dari kilang kami. PIhak kami akan menjalankan R&D bagi setiap produk dan juga ujian makmal bagi mengelakkan dari wujudnya bahan-bahan terlarang.
1. Sekiranya tuan memrlukan produk yang hasilnya sama dengan produk asal, Kami memerlukan bahan-bahan yang telah digunakan untuk produk tersebut terlebih dahulu bagi pihak kami membuat analisa. Melainkan tuan memerlukan formulasi yang lain dari produk asal.
2. Modal bagi pengeluaran pertama kali setiap produk adalah sedikit berbeza dari modal yang repeat order kerana untuk permulaan, terdapat beberapa perkara yang perlu ditanggung oleh pelanggan bagi membolehkan produk tersebut dipasarkan. Antaranya adalah kos Pendaftaran KKM/NOT No dan juga kos R&D produk. Modal yang diperlukan hanya boleh dikira setelah pihak R&D mengenalpasti bahan-bahan serta peratusan bahan mentah yang akan digunakan dalam produk tersebut. Perlu diketahui bahawa, untuk 1 produk yang sama boleh mempunyai bahan mentah yang berbeza bagi memberikan kesan yang berbeza dengan kos yang berbeza.
3. Untuk makluman, Formulasi yang dikeluarkan adalah rahsia syarikat dan ianya adalah unik bagi setiap produk keluaran kami. Lesen KKM dan Halal akan dikeluarkan bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk.
assalamualaikum..
sy berminat mempunyai jenama minyak rambut pomade strong hold..kelatanbiotech ade sediakn produk tersebut?.
Wsalam… Kami mampu untuk menghasilkan produk tersebut. Untuk proses dan prosedur lanjut, sila hubungi Eksekutif Pemasaran kami di talian 09-9765280. Terima Kasih.
Assalamualaikum.. macam contoh saya ada modal RM5000 dan sy boleh ambil produk sabun.. Yang saya nak tanya, itu termasuk dengan packaging dan design kotak ke?
Wsalam…. Untuk makluman, Kilang kami hanya menghasilkan produk sahaja. PAckaging, KOtak, Botol, marketing dan sebagainya adalah dari pihak Pelanggan. Anggran Untuk membuat sabun adalah RM5k. Boleh jadi ianya murah dari harga tersebut dan blh jadi mahal kerana ianya bnyk bergantung kepada bahan-bahan yang dipersetujui bersama semasa R&D produk. Untuk maklumat dan penjelasan lebih lanjut, sila hubungi Eksekutif Pemasaran kami di talian 09-9765280. Terima kasih.
assalammualaikum. sekiranya saya ingin mengeluar produk pomade jenama saya sendiri. berapa modal yang perlu saya keluarkan.
sila email kepada saya ya. terima kasih
Wsalam, terima kasih kerana berminat untuk menghasilkan produk dengan kilang kami. Modal permulaan adalah agak tinggi kerana melibatkan beberapa kos awal yang perlu ditanggung seperti pendaftaran KKM, R&D produk dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumbalas, sila isi borang maklumat pelanggan di ruangan yang disediakan. terima kasih.
Assalamualikum..saya berminat untuk buat produk mandian badan yang diformulasikan dari luar negara. Berapa kos yg paling minimum untuk hasilkan produk ini termasuk packeging. Tq..
Wsalam… Pihak kami perlu mendapatkan sample produk tersebut terlebih dahulu. Untuk makluman, setiap kos bagi setiap produk HANYA boleh dikeluarkan SETELAH pihak R&D mengenalpasti bahan-bahan dan juga peratusan bahan untuk menghasilkan produk tersebut. Pihak kami juga HANYA mengeluarkan produk SAHAJA, Dari segi marketing, botol, packaging dan sebagainya, pihak kami menyerahkan kepada pelanggan. Harap Maklum.
Saya Ada buat skincare kat kilang lain tapi saya Tak puas hati Dari segi harga Dan produk.. Saya nak bincang dgn kilang anda dgn lebih lanjut please contact i by email
Untuk makluman, Pihak kami menawarkan dua kaedah pengeluaran produk.
1. Secara Pukal (Bulk Product)
2. Pengilagan Kontrak.( Fomulasi Khusus)
Sila hubungi en Aladin di talian 09-9765280 bagi membincangkan secara detail.
Saya brminat semua produk yg trsenarai kt ats2
Tp nk yg pling brkesan brapa modal erk
Nk tnya dulu
Kami mampu menghasilkan produk mengikut kehendak dan kemampuan kewagan pelanggan. Secara umumnya, produk yang paling berkesan menggunakan bahan mentah Gred A dan mahal kosnya. Pihak kami tidak dapat mengeluarkan kos terperinci selagimana pihak R&D tidak dapat mengenalpasti bahan-bahan yang akan digunapakai. Harap maklum.
Assalamualaikum
saya ada modal rm5000. apakah produk yang bersesuaian dengan modal permulaan seperti itu?
Wsalam…. Bagi modal 5k tersebut Encik boleh mulakan dengan Sabun Muka. 5k tersebut akan merangkumi perbelanjaan RND produk, Pendaftaran KKM, dan proses pengilangan sabun muka. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 09-976 5280. Terima kasih.
Assalamualaikum
Kalau.saya nk buat skincare seperti day cream,night cream,treatment cream,toner,sabun berapa kos untuk permulaan???untuk permulaan kalau tak daftar kkm tak ape ke??
Wsalam….
Anggaran untuk satu set skin care adalah lebih kurang 25k hingga 40k. ianya banyak bergantung kepada bahan mentah serta peratusan baha mentah yang digunakan. Untuk makluman, Pihak kami tidak sama sekali akan mengeluarkan produk yang tidak berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan atau yang tidak mempunyai KKM no. Hal ini bagi menjamin kualiti serta keselamatan pengguna yang menggunakan produk pelanggan keluaran kilang kami. Harap Maklum.
kalau 5k tu boleh hasilkan sabun muka, saya nak tanya… kalau sy nak ambil sample sabun muka produk lain dan hanya ingin tukarkannya menjadi jenama sy sendiri boleh x..
harap boleh emailkan feedback kepada soalan sy tadi melalui email sy.. terima kasih 🙂
saudari boleh berhubung terus dengan pegawai kami di talian :
Pn.Shira – 0145294660
En. Aladdin – 0145391027
wsalam wbt ,
saudari boleh berhubung terus dengan pegawai kami di talian :
Pn.Shira – 0145294660
En. Aladdin – 0145391027
assalamualaikum..saya dari pahang berminat jenakan produk sendiri sabun susu beras..berapa modal permulaan?
wsalam… terima kasih kerana berminat untuk menghasilkan produk kosmetik dengan kilang kami. Untuk permulaan mengeluarkan produk, terdapat beberapa perkara yang perlu di lakukan seperti pndaftaran syarikat, pendaftaran KKM, RND produk dan sebagainya. Oleh yang demikian, kos permulaan untuk memulakan sesuatu produk adalah tinggi berbeza dengan mereka yang repeat order. Secara kasar, anggaran permulaan untuk menghasilkan sabun susu beras tersebut adalah 5k. untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Aladin di talian 09-976 5280. terima kasih.
Salam en admin..5000 to biaseny first timw bt.. Dpat brape ratus produk sbun bras en?
Wsalam… Minimum order quantity kami adalah 1000pcs…. Setiap sabun berbeza bahan mentah dan berbeza harga… Untuk lebih lanjut, sila pohon sebut harga dengan Pegawai Pemasaran Kami di talian 09-976 5280. Terima kasih.
Terima kasih..
Saya nak buat toner moisturizer bauan rose jenama sendri… berapa modalnya..?
Anggaran modal untuk toner adalah antara 15k-30k… Modal permulaan adalah agak tinggi kerana melibatkan beberapa kos yang perlu ditanggung seperti KOs R&D, Kos pendaftaran Produk dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat di talian 09-9765280.
salam,
saya nak keluarkan produk skincare
seperti ;
Sabun Muka
Skrub Muka
Toner
Pelembap Bibir
Masker
Krim Pelembap
Day Cream
Night Cream
BB Cream
CC Cream
Foundation
contohnya kalau PERINGKAT PERTAMA : (R&D Product) selesai
sample dh cuba , hasilnya berkesan
untuk peringkat kedua (PRODUCTION
LARGE SCALE) harga akan caj ikut berapa tempah.
harga ikut brape pcs atau kilogram formulasi
contohnya ; day & night krim akan ditentukan harga melalui jenis bahan digunakan dan berapa pcs yg kita order atau ikut KG formulasi yg kita hendak .
persoalan sekarang ni, harga akan ditentukan brape bnyk pcs yg kita order atau ikut KG yg kita hendak??????
modal yg saye ade rm 100k je untuk bajet produk skincare diatas
Harga adalah bergantung kepada hasil formulasi pada peringkat pertama (R&D) dengan minimum order quantity adalah sebanyak 1000pcs.
*Setiap formulasi adalah unik dan mempunyai kuantiti bahan mentah yang berbeza-beza dan percentage bahan mentah yang berbeza-beza. Oleh yang demikian,harga bagi produk yang sama adalah berbeza.
Contohnya:
sabun A (formulasi 1) = RM6000.00 (1000pcs)
Sabun B (Formulasi 2) = RM4500.00 (1000pcs)
Saya berminat utk huat skincare jnama sndiri. Tp sblm tu mestilah kita nk try sjauh mana hsil produk tu sblm jual. So, ad tak tester utk produk tu sblm buat payment?
untuk makluman, proses pengeluaran produk dari kami sememanggnya akan melalui proses R&D dimana setiap produk akan diformulasikan secara khusus mengikut kehendak pelanggan. Sample produk akan dikeluarkan untuk pelanggan mencuba dahulu produk tersebut sebelum dipasarkan. Setelah persetujuan formulasi produk dicapai, barulah produk tersebut akan di keluarkan mengikut permintaan pelanggan (minimum order 1000pcs).
Assalamualaikum,saya berminat untuk menghasilkan scrub muka dan badan daripada beras kunyit dan bahan2 alami…mcm manakah cara untuk keluarkan produk tersebut dengan jenama sendiri dan berapakah modal yang diperlukan,terima kasih.
Wsalam… terima kasih kerana berminat untuk menghasilkan produk kosmetik dengan kilang kami. Saudari bolehlah mengisi borang maklumat pelanggan yang telah disediakan dan pihak kami akan menghubungi saudari untuk penjelasan lanjut. sekiranya tiada maklumbalas, sila hubungi kami di talian 09-9765280 dan bercakap dengan unit pemasaran dan jualan kami. terima kasih.
saya berminat dengan perniagaan dengan menggunakan cara seperti ini. soalannya, saya tiada nama syarikat. apakah saya perlu daftar dahulu dan berapakah modal yang diperlukan untuk urusan perniagaan saya?
Untuk makluman, setiap usahawan yang berminat perlulah mendaftarkan syarikat dengan SSM untuk memudahkan urusan. Modal permulaan bagi setiap perniagaan adalah tinggi berbanding mereka yang repeat order kerana terdapat beberapa bayaran yang perlu dijelaskan seperti R&D produk, pendaftaran Token dan sebagainya.Anggaran modal adalah bermula dari RM5,000.00 sehingga RM40,000.00 dan keatas bergantung kepada jenis produk, bahan mentah dan pelbagai jenis faktor lagi. Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma. Terima kasih.
Salam.adakah kilang ada membuat serum vitamin c ataupun serum myk argan?
Wsalam… kami mempunyai Unit Reseacrh and Development yang akan membuat kajian dan pembangunan sesuatu produk bagi menepati kehendak pelanggan. Sehingga kini, banyak produk kami yang berasaskan alam semulajadi seperti minyak kelapa dara, serai wangi, dan termasuk juga minyak argan. Sekiranya saudari berminat untuk menghasilkan serum, sila isi borang maklumat pelanggan kami dan pihak kami akan menghubungi saudari bagi memberikan penjelasa lanjut. sekiranya tiada maklumbalas dalam masa 5 hari bekerja, sila hubungi pejabat di talian 09-9765280 dan bercakap dengan unit pemasaran dan jualan. Terima kasih.
Salam..
Sy ingin sekali mengeluarkan produk kesihatan icy cool berasaskan aloevera.. tp modal permulaan sy tidak dapat nk buat anggaran kiraan..boleh sy dapatkan detail
Wsalam…
Untuk modal permulaan adalah seperti berikut :
PERINGKAT PERTAMA : (R&D Product)
Pendaftaran Token = RM700/Syarikat
NOT No @ No KKM = RM300/Product
Sample Product = RM300/Product
OPTIONAL
Pendaftaran Halal = RM1000/Syarikat
Sijil Halal Produk = RM200/Product.
PERINGKAT KE DUA : (PRODUCTION LARGE SCALE)
bergantung kepada bahan mentah @ formulasi di peringkat R&D.
Minimum Order = 1000pcs
Salam.. slmt petang.. sy ad isi borang di ruangan di atas tetapi tidak mendapat respond dri mane mane pihak.. sy ingin mengetahui lebih detail tentang pengeluaran produk..terima kasih..
Wsalam…. kami mohon maaf sekiranya terdapat kelewatan maklumbalas dari kami bagi sesetengah permohonan. Sekiranya terdapat kelewatan, sila maklum kepada kami dengan menelefon unit pemasaran di talian 09-9765280. Terima kasih.
Assalamualaikum, saya berminat mengeluarkan produk syampu kepala jenama saya sendiri. Berapa kuantiti yg paling minima bagi orang yang baru hendak memulakan perniagaan seperti saya?
Wsalam…. Terima kasih kerana berminat untuk mengeluarkan produk dengan syarikat kami. Minimum order untuk produk syampoo adalah sebayak 100KG. Anggaran modal adalah RM10,000.00 dan keatas bergantung kepada bahan mentah serta formulasi yang akan dipersetujui bersama diantara pihak pelanggan dan pihak R&D kami.
Salam…sy ingin membuat foundation jenama sendiri berapa modal yer??
Wsalam… anggaran modal untuk foundation adalah RM13,000.00 bergantung kepada bahan mentah serta formulasi yang akan dipersetujui bersama diantara pihak pelanggan dan pihak R&D kami. Minimum Order adalah 1000pcs. Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi kami di talian 09-9765280 dan bercakap dengan Unit Pemasaran kami. Terima kasih.
Salam. Perkhidmatan untuk menghasilkan produk berasaskan serbuk ada tak ye? Contoh serbuk vitamin
Wsalam…kami mohon maaf kerana kilang kami tidak menepati syarat untuk mengeluarkan produk supplement seperti yang saudari kehendaki. Hal ini kerana kilang kami bertaraf Cosmetic GMP. Terima kasih.
Assalamualaikum
saya berminat untuk mengeluarkan produk jenama sendiri iaitu perfume tetapi masih dalam pertimbangan. adakah pihak tuan juga membuat produk seperti perfume untuk dipasarkan?sekian, terima kasih
Wsalam…. Kami mohon maaf, pihak kami tidak mengeluarkan wangian @ perfume. Kilang kami hanya menghasilkan produk Kosmetik. Terima kasih.
Saya ingin mengeluarkan produk jenama sendiri iaitu skincare bagi merawat masalah jerawat…saya inginkan produk saya dibuat berasaskan bahan semulajadi…cth: sabun muka berasaskan kulit kayu manis, toner yg sesuai, krim malam berasaskan kunyit..berapa modal diperlukan & min kuantiti yg perlu dikeluarkan dr kilang tuan…mohon email segera jawapan kpd saya…terima kasih.
Terima kasih kerana berminat untuk mengeluarkan produk kosmetik dengan kilang kami. Untuk makluman, kilang kami sememangnya menghasilkan produk secara semulajadi dan tidak menggunakan bahan kimia yang boleh memudaratkan. Modal permulaan setiap perniagaan sememanggnya agak tinggi sedikit berbanding mereka yang repeat order kerana terdapat beberapa kos yang perlu ditanggung oleh pelanggan seperti kos Pembelian Token (RM700/syarikat) dan Kos R&D produk (RM300/6 sample bagi 1 produk). Kos-kos lain adalah seperti No KKM @ Not No dan pendaftaran halal produk sekiranya perlu. Minimum kuantiti adalah sebanyak 1000pcs (Production blh dibuat secara berperingkat/batch contoh: 200pcs/sebulan). Harga secara kasar untuk 1 set kecantikan lebih kurang 20k ~ 40k. untuk penjelasan lanjut, bolehlah menghubungi kami ditalian 09-9765280 dan bercakap dengan unit pemasaran.
Salam, saya telah menghasilkan sabun natural saya sendiri, namun untuk pengeluaran secara besar- besaran saya dinasihakatkan untuk mencari kilang gmp. Bolehkah pihak tuan buat sabun natural seperti formula yg saya buat?
Wsalam… Penghasilan sabun melalui kilang bertaraf GMP dapat meningkatkan Kepercayaan pelanggan terhadap produk jenama sabun puan. Tambahan lagi, pihak kilang kami boleh memohon status keselamatan sabun puan dan mendapatkan NOT no utk produk tersebut. Saya cadangkan puan datang ke pejabat kami dengan sample sabun dan formula untuk pihak kami menghasilakan produk tersebut dengan nilai tambah kepada sabun puan. Terim kasih.
assalamualaikum..nak tanya kalau produk berasas kan bahan 100% natural contohnya argan oil, perlu kkm dan halal ke? TQ
Wsalam…. Digalakkan supaya setiap produk yang dihasilkan/dikeluarkan untuk mendapat kelulusan dari KKM dan sijil halal bagi menepati piawai dan standard yang diperakui supaya setiap produk tersebut mempunyai nilai tambah dan mendapat kepercayaan pelanggan.
Salam..
Saya dari Sabah dan berminat untuk mengeluarkan produk jenama sendiri. Saya ingin bertanya, berapakah anggaran modal bagi produk penjagaan rambut? Terima kasih.
Wsalam… Terima kasih kerana berminat untuk mengeluarkan produk dengan kilang kami. Untuk anggaran modal dan penjelasa lanjut, saudari bolehlah mengisi borang maklumat pelanggan disini dan pihak kami akan menghubungi saudari dalam masa yang terdekat. terima kasih.
Assalamualaikum..
Saya berminat mengeluarkan produk supplement kesihatan NAC, kerana saya sangat memerlukan supplement ini, namun agak sukar untuk saya mencarinya di Malaysia kerana tiada seorang pun ahli farmasi yang kenal dengan supplement ini,maka saya terpakasa membelinya dari Eropah atau Amerika..jadi saya sangat kecewa dan berhasrat untuk menghasilkan produk ini dan memperkenalkannya kepada umum, Tapi masalahnya saya bukan saintis yang tahu formula untuk menghasilkannya..Oleh itu saya berhasrat untuk mengimport bahan mentah ini dari China yang sudah tersedia sijil GMP. Cuma tinggal lagi untuk saya dapatkan kelulusan KKM saja, Pihak Encik ada apa2 cadangan untuk membantu saya?
Wsalam…. pihak kami memohon maaf kerana kilang kami adalah kilang bertaraf Cosmetic GMP dan bukannya Food GMP. Oleh yang demikian, kami tidak boleh membuat urusan berkaitan supplement ataupun apa sahaja produk kesihatan yang dikategorikan sebagai Food seperti produk aura white, qu puteh dan sebagainya. terima kasih.
Owh begitu..baik, terima kasih Encik.
Assallamualaikum..
Maaf saya ganggu lagi..Saya juga berminat dalam perniagaan kosmetik, saya sukakan kosmetik seperti Maybeline dan Silky girl..saya berhasrat untuk menghasilkan produk kosmetik seperti ini, tetapi dengan konsep dan pilihan warna tersendiri, namun sy bukan saintis maka tiada kepakaran dalam menghasilkan formula..Adakah pihak Encik yang akan membantu dalam penciptaan formula? Bolehkah pihak Encik mempunyai sebarang cadangan untuk membantu saya?
Wsalam… Berikut adalah kebaikan Pengilangan Kontrak dengan kilang Cosmetic GMP kami.
1. anda tidak perlu risau tentang formula produk (Kepakaran R&D Kami)
2. anda tidak perlu risau tentang keselamatan produk. (kelulusan KKM)
3. anda tidak perlu risau tentang status Halal Produk (kelulusan Halal JAKIM)
Untuk maklumat dan penjelasan lanjut, sila isi borang maklumat pelanggan kami disini
assalamualaikum dan salam sejahtera..
saya bercadang ingin mencuba satu produk iaitu minyak untuk bayi seperti minyak telon..adakah syarikat tuan ada membuatnya,menyediakannya dan berapa harga modal untuknya.
2.adakah syarikat tuan akan bimbing saya dari a-z
3.bahan membuatnya,adakah pihak tuan akan sediakan atau saya perlu mencarinya.
4.saya tidak mempuyai modal yang banyak,tetapi ingin mencuba
diharap pihak tuan memberi penerangan yang jelas.terima ksih.
sekian,terima kasih
Wsalam… terima kasih kerana memilih kilang kami untuk membuat produk kesihatan. Pihak kami akan bertanggunajawab untuk mengeluarkan apa sahaja produk kecantikan dan penjagaan kesihatan termasuklah pendaftaran Halal dan juga KKM. Pelanggan tidak perlu risau tentang formulasi serta bahan mentah dan juga mesin untuk pengeluaran produk tersebut kerana kami telah mempunyai kepakaran R&D dan juga Kilang Kami adalah Bertaraf Cosmetic GMP. Kami akan membimbing pelanggan kami dalam proses pengeluaran produk manakala pemasaran dan segala aktiviti selain penghasilan produk adalah tanggungjawab pelanggan sendiri. Terima kasih.
Saya berminat utk membuat foundation sendiri. Berapa anggaran utk membuat foundation tersebut.
Dan kalau buat serum muka pula berapa anggaran yg perlu saya bayar?
Terima kasih keran berminat untuk menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan dengan kilang kami. Kami boleh menghasilkan pelbagai jenis produk kosmetik dengan modal bermula dari 5k hingga 50k bergantung kepada jenis produk dan bahan mentah yang akan digunakan berdasarkan R&D yang kami jalankan. Untuk maklumat lanjut, bolehlah mengisi borang maklumat pelanggan disini dan pihak kami akan menghubungi saudari untuk memberikan penjelasan lanjut. terima kasih.
Assalamualaikum..
Saya berminat untuk mengeluarkan produk shampoo jenama saya sendiri. Berapa kuantiti minimum & kos penghasilan untuk produk tersebut?
Wsalam… Untuk pengeluaran shampoo, Minimum Order Requirement adalah sebanyak 100kg dan kos secara kasar adalah 7k termasuk pendaftaran KKM dan Halal. Pelanggan perlu menyediakan packaging dan menghantar ke kilang kami untuk filling dan finishing process. Terima kasih.
Assalam..sy ingin mengeluarkan produk sendiri dengan menggunakan kaedah alam semulajadi..tetapi sy tidak tahu kaedah permulaan yg sebenar..boleh email pada sy untuk detail atau pun sedikit nasihat..kerana sy memerlukan komitmen daripada kilang pengeluar yg berkualiti..trma ksh..
Wsalam… Untuk maklumat lanjut, saudari bolehlah mengisi borang maklumat pelanggan disini dan pihak kami akan menghubungi saudari bagi penjelasan lebih lanjut. terima kasih.
Salam…sy berminat nk keluarkan mknan kesihatan..kilang tuan ada mnyediakan tak?bgmn dgn bhn2nya adakah pihak tuan tentukan?dan berapa modal yg diperlukan utk permulaan? Tq
Wsalam… Kami memohon maaf kerana kilang kami tidak boleh mengeluarkan produk bersasaskan makanan kesihatan kerana kilang kami bertaraf Cosmetic GMP dan hanya mendapat lesen hanya untuk pengeluaran produk kosmetik sahaja. Untuk produk supplement kesihatan, saudari perlulah mencari kilang yang bertaraf Food GMP. Terima kasih.