Aktiviti Teras Syarikat

Platform teknologi utama kami ialah di dalam bidang agro-bioproses ( penggunaan bioteknologi di dalam meningkatkan nilai hasil pertanian dan sumber asli ) dan pemupukan mikrob untuk penghasilan enzim dan lain-lain biojisim yang berfaedah.

Kami akan menggunakan platform teknologi utama ini untuk menghasilkan produk-produk yang unik dan saintifik untuk memenuhi keperluan-keperluan terkini di dalam berbagai aplikasi seperti di dalam bidang pertanian, kesihatan kosmetik dan industri.

Di antara produk yang dirancang oleh syarikat ialah pengeluaran biojisim di dalam bentuk formulasi dan aplikasi yang baru, seperti enzim industri, baja bio-organik, pemusnah serangga semulajadi, bahan bio-tenaga, produk kesihatan kosmetik dan lain-lain.

Secara ringkas, KBCSB memfokuskan penerokaan, penyelidikan dan pengkomersilan bioteknologi melalui bidang berikut :

1. Bioteknologi Pertanian
2. Bioteknologi Kesihatan
3.  Bioteknologi Industri
KBC tc
KBC GMP
KBC tM
Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com