Siapa kami

Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd adalah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan, dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan. Ahli-ahli Lembaga Pengarah adalah terdiri dari beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan Kerjaan Negeri. Pengurusan syarikat adalah terdiri dari beberapa orang ahli sains yang berpengalaman dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Sains di dalam berbagai bidang bioteknologi, digabungkan dengan Pasukan Pengurusan Kewangan yang terdiri dari Akauntan Bertauliah dan eksekutif kewangan yang berpengalaman.

Masa Depan Yang Cerah

Tidak jauh di hadapan, kami melihat syarikat ini akan menerajui industri bioteknologi di dalam Negeri Kelantan dan juga di seluruh Negara di dalam berbagai bidang seperti keusahawanan bioteknologi, usaha mencari-gali dan menghasilkan biojisim baru berpunca dari kepelbagaian alam yang sedia ada, pengeluaran enzim-enzim baru dan di dalam bidang yang begitu mencabar seperti bio-tenaga.

Tawaran Nilai Kami

Bioteknologi menawarkan berbagai peluang yang amat menarik. Bioteknologi mengizinkan penemuan tentang berbagai keajaiban penciptaan Allah di dalam alam semesta ini untuk digunakan di dalam pelbagai aplikasi di dalam kehidupan manusia. Di Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd kami yakin bahawa usaha ini adalah satu bentuk jihad yang baru, iaitu satu usaha murni untuk memperbaiki kehidupan manusia di seluruh alam ini.