Program Tisu Kultur untuk Sekolah (TC@Skol)

Antara salah satu program yang telah dijalankan oleh Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd yang melibatkan Teknologi Kultur Tisu Tumbuhan ialah TC@SKOL dan KitCoBin.

TC@SKOL merupakan satu program yang telah dijalankan di sekolah bagi memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai kultur tisu. Selain itu, ia juga merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran khusus kepada para pelajar dan indvidu yang ingin mempelajari sendiri secara praktikal tentang kultur tisu tumbuhan. Kit ini sesuai untuk digunakan dalam sesi pembelajaran di sekolah dan di rumah mengikut cara penggunaan dan prosedur yang telah ditetapkan dalam manual penggunaan Kit Pengajaran dan Pembelajaran Kultur Tisu Tumbuhan.

KitCoBin menawarkan cara yang paling mudah untuk mengitar semula sisa makanan kepada baja kompos. Ia boleh mengitar semula sisa makanan kepada komponen yang berkhasiat dalam beberapa minggu. Rekaan yang sempurna sesuai diletakkan dalam kawasan dapur samada di kantin, pangsapuri, kondominium dan rumah. Program KitCoBin ini telah dijalankan di kawasan kampung, desa dan juga bandar bagi memperkenalkan teknologi pertanian yang telah dihasilkan oleh Kelantan Biotech Corp Sdn. Bhd.