Tag: tissue culture

 

Teknologi Kultur Tisu Tumbuhan

Definisi Kultur Tisu

Kultur tisu merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan, seperti daun, batang atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril ataupun aseptic untuk tumbesaran.

Aseptik : keadaan yang bebas daripada mikroorganisma seperti kulat, bakteria & virus.

Ia juga dikenali sebagai satu teknik memelihara sel atau cebisan tisu haiwan dan tumbuhan secara in vitro. In vitro merujuk sesuatu yang dijalankan di luar badan organisma, umumnya di balang kaca ataupun tabung uji.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Kultur Tisu

Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan sesuatu kultur yang dijalankan dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Antaranya adalah :

  • Peralatan yang lengkap, sesuai dan sempurna. Contoh peralatan adalah Laminar flow chamber, alat penimbang, autooclave, PH meter, hot plate, stirrer dan hot bead sterilizer.
  • Makmal yang bersih, bebas dari mikroorganisma; perlu ada bilik khas untuk kerja-kerja kultur, penyediaan medium dan tempat penyimpanan kultur.
  • Penjagaan makmal, bilik kultur yang rapi dan teratur; pengawasan cahaya dan suhu. Sebarang kultur yang telah terkontaminasi (tercemat dengan mikroorganisma) perlu dibuang segera (dinyahkuman)
  • Langkah berjaga-jaga perlu diikuti dengan serius. Terutama pemakaian lab coat dan selipar khas untuk memasuki makmal kultur tisu.
  • Pensterilan eksplan yang sesuai; mengurangkan risiko kematian sel-sel dan jangkitan mikroorganisma.
  • Eksplan yang diambil daripada baka baik, pokok sihat, “vigorous” dan tidak terdedah kepada keadaan kering dan terlalu lembab.
  • Bahagian eksplan hendaklah diambil dari tisu muda, bahagian meristem yang giat membahagi lebih berpeluang untuk menghasilkan pokok. Spesies yang berlainan mempunyai tindak balas yang berbeza.
  • Medium yang sesuai dengan keperluan tumbuhan.
  • Hormon yang digunakan perlu sesuai dengan tumbuhan. Contoh auxin & sitokinin
  • Bekas kultur yang sesuai. Perlu disteril dan diautoklaf terlebih dahulu.
  • Penyimpanan kultur perlu keadaan yang sesuai.

 

Tujuan Kultur Tisu

Untuk utama adalah untuk membiakkan sel tumbuhan untuk menghasilkan organisma baru yang sama dengan induknya dari segi fizikal dan kandungan genetik.

KELEBIHAN KULTUR TISU

  • Kadar pembiakan tinggi dan cepat
  • Mutu hasil yang tinggi dan seragam
  • Kerja pengkulturan dilakukan dalam keadaan steril maka anak tumbuhan bebas daripada organisma yang dapat menyebabkan penyakit .
  • Penghasilan tumbuhan ini dijalankan dalam keadaan terkawal dan dapat dijalankan sepanjang tahun.
  • Penghasilan anak tumbuhan dapat diubahsuai mengikut kehendak dan mudah dibawa ke mana-mana.
  • Menjimatkan tenaga dan mudah dikendalikan di ladang.
  • Kurang risiko penyakit
  • Membiakkan tanaman yang sukar dibiakkan secara biasa

KEBURUKAN KULTUR TISU

  • Dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal , jika persekitaran luar tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin musnah .
  • Tisu kultur ini adalah tidak ekonomik digunakan bagi perusahaan secara kecil-kecilan.
  • Klon tidak menujukkan variasi dari segi genetik .
  • Teknik kultur tisu memerlukan kos yang tinggi untuk menyediakan peralatan dan bahan-bahan , jadi tidak semua pihak mampu mengadakan satu makmal tisu yang lengkap.
  • Tisu kultur merupakan kaedah yang saintifik , jadi ia sangat memerlukan kepakaran yang sangat tinggi .