Teknologi Mikrob

Pengenalan

Kegunaan Teknologi Mikroorganisma telah digunapakai secara meluas sejak dua dekad lalu terutamanya dalam sektor pertanian untuk rawatan pemulihan air, menghilangkan bauan busuk, penternakan haiwan dan pelbagai rawatan dalam kegunaan dalam rawatan sisa industri.

Kebaikan Teknologi Mikroorganisma ialah :

  • Selamat digunakan ( tiada bahan kimia )
  • Mudah digunakan
  • Kos yang murah
  • Berkualiti tinggi
  • Hasilnya melestarikan alam sekitar

Mikroorganisma Berfaedah ( Effective Microorganism) sebenarnya telah diguna pakai oleh 116 Negara seluruh dunia, manakala 12 Negara telah menjadikannya sebagai projek kerajaan.  Antaranya yang termasyhur ialah keluaran dari Negara Thailand yang dipanggil sebagai Mikroorganisma Berfaedah EM -1.

Thai EM

EM terhasil dari mikroorganisma baik yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian manusia seperti dalam roti, kacang soya, keju, yogurt dan makanan peram (cth: budu, cencaluk). Microorganisma baik ini terdiri dari 3 kumpulan bakteria iaitu :

  • Bakteria asid laktik
  • Yis
  • Bakteria fototropik.

Larutan Bio-Hijau keluaran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd ialah larutan Mikroorganisma Berfaedah yang terdiri daripada bakteria fotosintetik, bakteria laktik asid, yis, actinomyces dan molasses. Ia merupakan campuran mikrobial aktif untuk pelbagai kegunaan dalam sektor pertanian. Larutan Bio-Hijau ini telah diaktifkan dan sedia untuk diaplikasikan terus dalam sektor-sektor berkaitan.

em (website)

Penyelidikan dan pemerhatian telah membuktikan bahawa inokulasi kultur Bio-Hijau pada tanah, tumbuhan, ekosistem dapat meningkatkan kualiti tanah, kesihatan tanah, peningkatan hasil dan kualiti pertanian. Begitu juga jika ia digunapakai dalam sistem penternakan, keputusannya juga adalah sama. Mikroorganisma dalam larutan Bio-Hijau akan berasimilasi dengan baik dengan alam sekitar, kerana ia adalah sejenis mikrob dari alam semulajadi.

Aplikasi teknologi Mikrob dalam Rumah

Aplikasi teknologi Mikrob dalam Pertanian

Aplikasi teknologi Mikrob dalam Penternakan

Aplikasi teknologi Mikrob dalam Perikanan

< UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI EN. NASIR DI TALIAN 014-8069954 >

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *