Aplikasi TM dalam Pertanian

Bakteria berfaedah (Effective Microorganism) telah digunakan dalam industri Pertanian sebagai pemangkin dan pembaikpulih nutrisi dalam tanah semenjak tahun 1982 lagi. Ini berdasarkan kepada kajian dan penemuan para Penyelidik dan Saintis dalam agrotani yang berpendapat bahawa untuk menghasilkan tanaman yang baik dan sihat sangat bergantung kepada amalan membaikpulih tanah dengan berkesan. Nutrisi tanah perlu dikekalkan secara organik, tanpa penggunaan racun dan baja kimia.

Larutan Bio-Hijau boleh digunakan untuk penjagaan dan penyelenggaraan tanaman, kebun, pokok buah-buahan, sayur-sayuran, lanskap dan bunga hiasan.

Antara kelebihan Larutan Bio-hijau terhadap pertanian ialah:

  • Meningkatkan kesuburan tanah dan kesihatan tanaman dengan cara mengekalkan nutrisi tanah dan mengekalkan kualiti air dalam tanah .
  • Menjadikan tanah lebih kaya dengan kompos dan mikrob baik.
  • Mencegah hakisan tanah
  • Mempercepatkan proses penguraian sisa pertanian kepada baja organik
  • Meningkatkan kemampuan fotosintetik tanaman.

Cara guna :

  • Larutan disembur pada tanaman dengan semburan halus dan sekata
  • Kekerapan : 1kali seminggu
  • Kadar Pencairan – 1 : 500 air

Padi

  • Padi tumbuh lebih sekata/seragam.
  • Tiada rumput2 liar tumbuh dalam sawah padi walaupun dalam cuaca berangin.
  • Penyakit berjangkit yang selalunya merebak pada pucuk padi dapat dielakkan sepenuhnya.
  • Mengurangkan kandungan garam dalam tanah, lantas menyuburkan tanah.
  • Hasil padi lebih banyak dalam semusim menuai.
  • Cara guna : 25 liter Larutan Bio-Hijau : 1 ekar sawah padi. kekerapan 2 kali sebulan. Tambahkan dengan Bio-Hijau Bokashi untuk memberi kesan yang lebih baik, hasil yang cepat dan rasa beras yang lebih enak.

Pokok Bunga

  • Melembutkan struktur tanah
  • Warna bunga lebih terang
  • Stem bunga lebih seragam dan lebih tahan lama
  • Menyuburkan bunga dengan cara memberi daya ketahanan pada penyakit

Sayur-Sayuran

  • Amalan organik dengan penggunaan Larutan Bio-Hijau berupaya meningkatkan nutrin tanah.
  • Cara guna : Jirus Larutan Bio-Hijau ke atas Tanah dengan skala larutan 1:100 air. Lebih berkesan jika dicampurkan dengan EM buangan sisa dapur yang digaul besama dengan tanah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *