FAQs

1) Apakah yang dimaksudkan dengan Kilang Kosmetik GMP (Good Manufacturing Practices) atau Amalan Pengilangan Baik (APB)?

Amalan Perkilangan Baik (APB) adalah suatu piawai yang perlu dipatuhi oleh pengilang produk farmaseutikal / tradisional yang berdaftar dan kosmetik bernotifikasi bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat, berkualiti dan berkesan.   *Istilah APB juga sering dikenali dalam istilah Bahasa Inggeris sebagai Good Manufacturing Practice (GMP). Di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 pematuhan terhadap Amalan Perkilangan Baik adalah diperlukan sebagai salah satu syarat pertimbangan permohonan Lesen Pengilang dan permohonan pendaftaran produk/notifikasi kosmetik. Setiap pengilang produk berdaftar dan kosmetik bernotifikasi perlu diperiksa berdasarkan keperluan yang telah ditetapkan oleh garis panduan berikut:

GMP / GDP Guidelines Product Type / Category
Guidelines on Good Manufacturing Practice (GMP) for Cosmeticwww.bpfk.gov.my Cosmetics 

# Sumber : http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=152

 

2)      Apakah kebaikan “OEM’ kepada usahawan?

Kilang kosmetik berstatus GMP dan Halal milik Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. boleh membantu usahawan yang berminat untuk mengeluarkan produk di bawah jenama sendiri. Perkhidmatan secara kontrak pengilangan (contract manufacturing) atau ‘OEM’ ini boleh diumpamakan seperti proses “outsourcing” iaitu kerjasama pintar, ‘win-win situation’ antara Usahawan dan Pengilang dalam menghasilkan produk berdasarkan formulasi, kajian dan bahan mentah yang telah diperakui lebih awal. Antara kebaikan “OEM” kepada usahawan kosmetik adalah ;

  1. Jimat kos – kerana wang tidak perlu lebur dengan kos pembelian mesin pengeluaran, kos R&D, kos ujian produk dan gaji pekerja yang mahal-mahal.
  2. Kepakaran tinggi – tidak perlu memiliki IQ yang tinggi dalam penghasilan formulasi. Dengan pengalaman yang ada pada pengilang, kami memiliki tenaga pakar yang mengkaji kesesuaian adunan dan juga rangkaian pembekal bahan mentah yang sinonim dengan produk dalam pasaran.
  3. Kualiti – tidak perlu resah pada keselamatan produk. menjalani Ujian kualiti kontrol, ujian kestabilan, ujian fizikal di makmal untuk mengesan awal potensi kesan buruk pada pengguna.
  4. Fokus – cuma perlu memerah otak pada ‘core business’ semata-mata manakala perihal ‘production’ telah diselesaikan.
  5. ‘Economi of scale’ – kerana pelaburan jangka panjang anda bersama kami, penjimatannya akan mula dirasai apabila bilangan produk semakin bertambah. Permintaan pelanggan yang unik dan kompleks perlukan formulasi baru dihasilkan. fasiliti pengilangan dan makmal yang ada memungkinkan anda masih kekal dan berdaya saing dalam pasaran.

 

3) Sekiranya saya berminat untuk mengeluarkan produk jenama sendiri, bagaimanakah caranya?

Terima kasih di atas pertanyaan tuan/puan yang berminat untuk membuat produk sendiri.Kilang kami boleh membuat produk kecantikan seperti skincare (day cream, night cream,cleanser,bb cream,cc cream,dd cream,foundation,serum,eye gel) dan personal health care (slimming lotion,lotion,shampoo,shower gel,conditioner,hair oil,aromatherapy oil,body scrub etc).MOQ untuk skincare 30kg dan personal health care 100kg.Antara proses yang perlu dilalui antaranya ialah :

 

  1. Menghasilkan formulasi.

Sekiranya ada cadangan formulasi, boleh diutarakan pada kami.

Sekiranya tiada formulasi, pihak kami boleh cadangkan formulasi yang terbaik.

 

  1. Mengenalpasti bahan2 asas yang hendak digunakan.

Sebagai syarikat Biotechnology, bahan2 asas yang dicadangkan perlulah dari bahan2 alam semulajadi (Natural resources)

 

  1. Peringkat R&D dan sampling akan dibuat untuk diuji keberkesanannya pada respondan2.

Respondan perlu dari kalangan pihak pelanggan. Feedback testimoni perlu dirujuk semula pada kami untuk diolah dan diperbaiki.

 

  1. Peringkat pendaftaran Kem. Kesihatan

Urusan mendapatkan Token dan Digicert , juga nombor notifikasi Kem.Kesihatan dan Halal (JAKIM) maklumat2 berkaitan diambil dari pelanggan.Pihak Kilang akan uruskan.

 

  1. Peringkat pengilangan.

Setiap pengilangan mempunyai MOQ dan ini bergantung kepada kapasiti mesin yang digunakan. Kerana, setiap pengilangan adalah terhad dan khusus untuk satu2 pelanggan pada waktu yang sama.

 

  1. Peringkat packaging.

Packaging perlu disediakan sendiri oleh pelanggan. Pelanggan akan meghantar packaging tersebut ke kilang kami untuk pembungkusan produk.

 

 

4) Berapakah Minimum Order Quantity (MOQ) yang diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu produk kecantikan jenama sendiri?

MOQ untuk skincare 30kg dan personal health care 100kg.Produk skincare termasuk day cream, night cream,cleanser,bb cream,cc cream,dd cream,foundation,serum,eye gel manakala personal health care termasuk slimming lotion,lotion,shampoo,shower gel,conditioner,hair oil,aromatherapy oil,body scrub dan sebagainya.

 

5) Berapakah anggaran kos yang dikenakan untuk membuat produk sendiri?Apakah kos-kos tersebut?

Antara sebutharga yang dikenakan adalah :

  1. Kajian dan pengembangan produk (R&D) = RM 500/produk
  2. Sample = RM 300/produk
  3. Pendaftaran KKM :
  • Pembelian token@DIGICERT = RM 700 (1 sahaja bagi setiap syarikat)
  • Notification no          = RM 300/produk
  • Halal                    = RM 200/produk
  • Barcode gsi              = RM 200/produk
  1. Sebutharga untuk production bergantung kepada bahan aktif yang digunakan dan hanya akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan untuk produk yang akan dikeluarkan. Anggaran harga production untuk personal health care RM3,000-RM15,000,manakala untuk set skincare dalam RM25,000-RM40,000.

27 Comments to FAQs

  1. Ainarafli says:

    Salam ,saya nak tanya .Saya nak ad produk sendiri iaitu serum .Berapa ye agak agak modal saya ?Saya nak start kecik kecik dulu .Tq

  2. muna says:

    salam, Tuan. saya berminat untuk mengeluarkan produk khusus untuk penjagaan mata dan menghilangkan hitam di bawah mata atau dark circle.Mohon bantuan maklumat dari pihak Tuan dengan segera. T.kasih.

  3. Aina fatin says:

    Saya ingin membuat scrub badan, boleh saya tahu berapa anggaran modal yang diperlukan,

  4. MUHAMMAD AL-AMIN says:

    assalamualaikum…
    saya ingin mencuba muengusahakan produk minuman bertenaga jenama sendiri..blh saya tahu kos..

    • Kalam KBC says:

      Wsalam… Untuk makluman, Pihak kami tidak mengeluarkan produk seperti yang dipohon kerana Kilang Kami adalah bertaraf Cosmetic GMP. Untuk pengeluaran produk minuman kecantikan ataupun tablet dan seumpamanya, pihak tuan perlu merujuk kepada kilang Yang berstatus FOOD GMP. Harap Maklum.

  5. Aysha says:

    Salam, nk tnya. Dekat sini boleh buat untuk liquid lipstick tak? Saya berminat nk menghasilkan produk saya sendiri. Agak agak berapa kos nya?

    • Kalam KBC says:

      Wsalam… Kami mohon maaf kerana buat masa sekarang pihak kami belum dapat untuk proses Color Cosmetic termasuk Liquid Lipstick. Pihak kami dalam perancangan untuk meningkatkan lagi servis bagi membolehkan pihak kami menyediakan perkhidmatan tersebut. Terima kasih.

  6. ridhuankarim says:

    Salam.sy berminat nk buat produk sendiri.boleh tak dapatkan wakil kolsultan di kawasan selangor, seri kembangan??
    Saya boleh berjumpa untuk perbincangan selanjutnya.tq

  7. nadya says:

    salam..saya berminat sangat2 untuk buat produk sendiri..iaitu day krim,night krim,toner n sabun…contohnya jika saya mahu buat supaya produk itu dpt hilangkan parut dan jeragat dan dapat memutihkan kulit muka.. Dan saya mahu keluarkan dalam kuantiti yang sedikit contohnya 200set,berapa anggaran modal yang perlu saya sediakan???dan berapa kos untuk dptkan kelulusan kkm??harap dapat beri fast respon..tq

    • Kalam KBC says:

      Wsalam…. terima kasih kerana berminat untuk mengeluarkan produk dengak kilang Cosmetic GMP kami. Kami mempunyai kepakaran dalam R&D produk dimana kami blh menghasilkan pelbagaikan jenis kosmetik dengan kesan yang di perlukan oleh pelanggan. Minimum order quantity adalah sebanyak 1000 unit. ini bermakna, pelanggan perlu mengikat kontrak untuk menghasilkan produk dengan minimum 1000 unit dan membuat bayaran 70% daripada kos pengilangan kontrak tersebut. Pengeluaran produk boleh dibuat secara berkala/batch mengikut keperluan pelanggan sebagimana contoh pelanggan mahukan 200 set, maka kami akan keluarkan 200 set dan baki 800 set lagi akan dikeluarkan mengikut permintaan. Untuk keterangan lanjut, bolehlah mengisi borang maklumat pelanggan disini ataupun menghubungi kami di talian 09-9765280.. Terima kasih.

  8. farah says:

    salam.. sy brminat bt produk kosmetik jenama sndri.. brape modal yg diperlukan untuk bt sabun pencuci muka,krim siang dan malam.. klau sy pegi kilang tuan sndri boleh ke??

    • Kalam KBC says:

      Wsalam. Terima kasih kerana berminat untuk mengeluarkan produk kosmetik dengan kilang kami. Untuk membuat set kecantikan yang terdiri daripada sabun pencuci muka, krim siang dan malam, anggaran kasar modal adalah 15k. Kos tersebut adalah anggaran dan boleh kurang atau lebih bergantung kepada perbincangan sebelum proses R&D kerana percentange bahan mentah mempengaruhi harga. terima kasih.

  9. INTAN FATIHAH BINTI ABU BAKAR says:

    Assalamualaiikum,saya nak hasilkan produk sendiri,dengan kerjasama syarikat tuan,berapa modal untuk sy keluarkan sabun untuk muka yang berjerawat ?
    Terima kasih

    • Kalam KBC says:

      Wsalam…. Modal untuk pengeluaran sabun secara kasar adalah 5k dan boleh berubah bergantung kepada bahan mentah yang akan digunakan. Untuk permulaan, bolehlah mengisi borang maklumat pelanggan disini dan pihak kami akan menghubungi dalam masa terdekat. terima kasih.

  10. Farah says:

    Assalamualaikum. Saya pelajar uitm semester akhir dan pada sem ini, saya ambil subjek entrepreneurship dan telah memilih contoh produk kecantikan iaitu facial kit. Adakah kilang ini boleh menghasilkan produk ni? Saya hanya ingin tahu berapa kos utk bahagian marketing? Saya harap pihak tuan/puan boleh saya jadikan bahan rujukan untuk projek semester akhir kumpulan saya.

    • Kalam KBC says:

      Wsalam…. Kilang Kelantan Biotech Corporation adalah bertaraf Cosmetic GMP dan mampu untuk menghasilkan pelbagai produk kosmetik termasuklah facial. Untuk makluman, kami hanya pengilang kepada usahawan dan hanya membekal produk berkualiti dan selamat kepada mereka. Kami sama sekali tidak terlibat dalam pemasaran produk usahawan tersebut.

  11. Hanisah says:

    Assalamualaikum;

    saya nak Tanya. Andainya saya berminat untuk keluarkan produk kecantikan, boleh tak kalau saya cuma ingin keluarkan satu produk sahaja. contohnya hanya scrub. Bukan SET kecantikan.

    Dan anggaran kos?

    • Kalam KBC says:

      Wsalam… Saudari boleh keluarkan satu produk sahaja dengan Minimum Order Requirement (MOQ) kami sebanyak 1000pcs untuk produk Skin Care dan 100KG untuk Produk Healthcare. Untuk Maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Pegawai Pemasaran Kami En. Aladin di talian 09-976 5280.

  12. Izah Mansor says:

    Assalammualaikum…

    Boleh mengeluarkan produk pembersih wanita jenis gel tak?..

    • Kalam KBC says:

      Wsalam…. Terima kasih kerana berminat untuk mengeluarkan produk dengan kilang kami. Pihak kami boleh keluarkan produk tersebut setelah R&D dijalankan. Untuk mendapatkan maklumat secara lanjut, saudari bolehlah mengisi borang maklumat pelanggan . Pihak kami akan menghubungi saudari untuk penjelasan secara terperinci.

  13. Assalamualaikum,

    Saya berminat untuk buat produk sendiri seperti produk kecantikan dan jus kesihatan.. boleh email saya apa2 details yang berkaitan, prosedur dan sebagainya.

    Thanks,

    Ayuni

    017-3818656

    • Kalam KBC says:

      Wsalam…..

      Terima kasih diatas pertanyaan dan minat puan terhadap syariakt kami. Untuk permulaan, puan bolehlah merujuk kepada link ini dan mengisi borang maklumat pelanggan di tempat yang telah disediakan. Pihak kami akan menghubungi Puan dalam masa terdekat.

      Terima Kasih.

  14. Nur lydiana says:

    Saya ingin membuat produk kecatikan untuk muka seperti tonner, krim siang , pencuci muka & krim malam . Bagaimana yaa ? Dan saya ingin mengetahui berpa modal yaa utk packaging ats nama produk saya tersebut ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com